Monday, March 01, 2010

The book of mine


walaupon saya mempunyai berkontena kerja sekolah namun saya nak jugak menulis blog..saya sudah ketagih menulis(eyh bunyi macam kena suntik dadah je kau ni)

sudah lama tidak bersedekah di GSC iaitu kira-kira hampir tiga minggu saya tidak kesana..last movie tengok cerita spy next door kot starring by jackie chan..the movie was totally hilarious..hari ini rasa macam mahu pergi melawat GSC pula dan saya teringin sangat menonton cerita MY NAME IS KHAN..mesti semua orang cakap saya minah hindustan bukan??? tak-tak saya bukan minah hindustan tapi saya suka jalan cerita tersebut..saya rasa cerita tersebut sangat memberi pengajaran kepada saya..seperti cerita slumdog milloinaire..tapi saya kurang bernasib baik kerana movie itu tidak ditayangkan di GSC..owh keciwanya saya..maka tengoklah saya cerita the book of ELI..

cerita tersebut agak ganas sehinggakan saya secara sengaja..HAHA..menggeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya..(ishk mulut tak terkawal lah kau ni)..plot agak slow sehinggakan saya hampir terlelap tapi saya takut terkeluar saliva saya macamana??? (ceh padahal kau sayangkan duit beli tiket kot) maka kugagahkan juga untuk tengok sampai habis walaupon semalam saya tido hampir pukul 4 pagi kerana mengedit powerpoint..gagahkan saya..HAHA

dari pandangan saya movie tersebut quite ok bagi yang kuat iman tp kepada mereka yang ragu-ragu itu tidaklah digalakkan..ia mengisahkan seorang jejaka(padahal pakcik tua..HAHA) yang sentiasa membaca buku dimana dia berada dan hafal segala isi kandungan yang dia baca..sebenarnya buku tersebut ialah bible..alangkah baiknya jikalau ia digantikan dengan Al-Quran dan plot cerita akan jadi aman dan tenteram..

terasa pula mahu menghafal Al-Quran dan terjemahannnya (cewah kau punya angan-angan..surah yassin pon duk terkial-kial lagi macamana) supaya ia sentiasa terpelihara..niat tu ada tapi tak tahu bila..doakan saya..insyaAllah..the moral of the story kalau kita rajin membaca insyaAllah kita boleh jawab exam dengan baik(ada signifikan tak) tapi bagaimana pula dengan saya yang suka membaca blog blogger lain?? adakah saya boleh berblog dengan baik?? HAHA..arghhh sudah la kau..poyo sungguh..

No comments:

Post a Comment