hehehe..takboleh nak berhenti tersengih mcm kerang busuk yg dah mati tu kan..kenapa nak sengih macam tu?? dan sebenarnya saya pon xpercaya saya akan berada ditempat tersebut..
pagi2 lg dh dikejutkan dengan gotcha call dari hitz.fm..eyh bukan-bukan, kawan saya nak ajak saya ke MALAM NADA BIRU bersama yuna dan najwa..saya memberi respon seperti berikut..
saya : apa?? kau biar btol??? kalau mak aku tau ni memang kena parang la aku(ya mak saya memamg sgt berfikiran conservative)
kawan saya : la kau ni..bukan macam konsert beyonce,inul daratista semua tu..yang terkinja2 tu..semua duduk ok..more likely to perfomance show ok..
saya : hrmmm..yela(dalam nada sudi xsudi..sebab apa?? sbb tiada baju yg bukak sana bukak sini..tak tak bukan2 sebab saya bukan minat sangat dengan konsert dan lagu yuna pon hafal 2 je from her single album dan yang lain xpayah cakaplah..tambahan pula harga tiket tersebut ialah RM100..mak aih ini saya boleh buat belanja makan seminggu ni..-dalam hati bermonolog)
disebabkan kasihan dengan beliau maka saya terima pelawaan beliau dan yang membuat saya lagi excited sebab tiket tersebut diberi secara percuma oleh kawan saya itu..baik kan beliau...sebenarnya saya menggantikan kawan beliau yang bizi dengan tesis..sy xbizi ke?? HAHA
setibanya di roof top lot 10(sumpah xpenah pon jejak kaki ke roof top lot 10, kami sesat dengan menaiki lif yang memuatkan barang2 untuk construction kat lot 10..ya kami memamg loser) kami rasa macam mahu pergi menonton wayang alice in the wonderland sebab penonton yang hadir pada konsert tersebut terdiri daripada golongan artis..ada juga orang kebanyakkan(HAHA) tapi pakaian dan style mereka sumpah sebijik macam artis..kami??? sumpah xtipu macam orang kampung yang datang tengok konsert..HAHA
namun ku gagahkan juga kakiku(cewah..padahal sayang duit kot weh)kami disambut dan dibawa ketempat duduk kami oleh yasmin hani kot..hamik kau..jakun..wah macam vip gitu..saya agak terkejut sebab sumpah betol kata2 kawan saya konsert tu macam show yang ada xsampai 100 orang penonton..exclusive gitu..
masa menunggu penonton lain amik tempat masing2..saya ternampak ramai artis mahupon orang2 yang bukan kebanyakkan termasuklah atilia dan juga bob mesra..HAHA..orang lain semua speaking london xkira usia..kami sahaja yang masih cintakan bahasa kita..HAHA
eyh panjang pulak..menyampah pon ada..HAHA..ok2..diringkaskan show dimulakan dengan performance najwa(menurut rakan saya dia anak tan sri muhyiddin yassin)..siapa najwa??? sumpah saya pon xtau..tp bila najwa keluar, eyh badan dia macam saya la..HAHA..tp satu perbezaan suara dia sedap nak mampus..xtipu..dia perform sejam dan almost lagu dia lagu english and still linger in my mind ialah got to go..comel!
kemudian rehat pula sebelum yuna perform..kami pon apa lagi camwhoring la..time yuna perform rasa macam nak lari atas stage nak peluk dia..HAHA..(over la kau)..sumpah sedap ok suara yuna xmacam dia perform kat ajl yg penyanyi latar lebih over..memamg sebijik macam album yuna..saya dari xminat sangat dengan yuna terus macam nak buat gf..^_^..kejap je rasa yuna perform sebab lagu dia memang haunted..takutnya dengar..
masa last tu ada session photography with the artist..apa lagi..klik2 la..bateri pulak tidak mengizinkan since masa performance banyak buat recording eventho camera is prohibited during the performance..but do we care..HAHA..
neway i really enjoy with the performance and yuna is totally awesome and she very polite and kind-hearted person(cewah macam la kau tau dia macamana kan)..before ended my entries a big thanks to my friend wan nurul nadiah for the ticket..lain kali belanja lagi..

mn gamabr bukti??
ReplyDelete