Saturday, March 20, 2010

bermuka-muka

saya hanya memperuntukkan 20  10 minit sahaja untuk menulis belog kali ini..kelihatan macam sibuk sangat la pula..

starting from today saya menjadi babysitter kepada ahmad boboy bin taktau lah bapak dia siapa..curiga juga saya..HAHA..kerana mummy boboy telahpon berangkat ke cherating untuk beberapa hari dan saya dengan hati terbukanya mengofferkan diri nak babysit boboy since i heart boboy soooo much..baru sehari menjaga boboy saya sudah rasa macam seminggu..biasalah kanak-kanak..asyik makan tidak henti-henti, berak setiap kali lepas makan dan juga kencing tidak kira masa..nasib baik ya nasib baik kencing berak boboy tidak busuk kerana diet meal yang dirumus khas itu berjaya menghasilkan bahan kumuhan yang tidak berbau..fuhhh..kesimpulan yang boleh saya buat hasil penjagaan boboy yang lebih seminggu sehari ini bahawa hamster punya kencing lebih berbau berbanding bunny kiut miut..*maaflah kalau kesimpulan saya ini salah tapi tu pandangan saya*..walaubagaimanapon saya tetap suka menjaga boboy..

ok tutup kes pasal boboy kemudian topik seterusnya pula..eceh tadi cakap spend masa 10 minit saja tapi macam lebih sahaja..tidak mengapalah selingan tahkala membuat penulisan tesiszzzzzzzzzzzzzzzzz

saya terbuka hati/jiwa untuk menulis pandangan saya tentang laman sosial facebook..siapa yang tidak pernah dengar facebook pergilah hantuk kepala dekat dinding segera..ya segera..eyh janganlah begitu saya bergurau sahaja..saya tergerak hati menulis pandangan saya ini kerana terdapat beberapa perkara yang saya rasa berpunca daripada FB sendiri dan berasa seperti ya seperti mahu deactivate akaun FB saya..oklah pandangan pertama

-FB menjadi tempat segala luahan/keluhan/ketidakpuashatian/kegembiraan dan seangkatan dengannya sehinggakan kadang-kadang saya rasa ianya tidak bersesuaian untuk menjadi tontonan umum..saya tahu FB memanglah laman sosial untuk setiap orang melepaskan/meluahkan/memberitahu segalanya tapi berpada-padalah kerana kadang-kadang setiap apa yang kita buat itu menguris hati/perasaan orang lain walaupon hakikatnya bukan ditujukan pada mana-mana pihak..tapi saya pon buat juga..HAHA..sama-sama kita insaf jom..lepas tu buat balik..fitrah manusia kan..tetapi jika dilihat dari sudut positifnya, ia dapat memberitahu kita apa yang terjadi/berlaku/sedang berlaku kepada kawan-kawan kita bukan?? baik juga bukan??? ok lepas ni buat lagi laaaaa..HAHA

-kotak-kotak komen pada FB juga kadangkala menimbulkan salah faham sehingga boleh menyebabkan pengaduhan kecil-kecilan..apa itu pergaduhan kecil-kecilan?? contonya terasa hati, tersentap jiwa, bermasam muka dan seangkatan denganya lah..kadang-kadang niat kita itu bertujuan untuk bergurau senda tapi disalah ertikan menjadi pengaduhan kecil pula..ada juga yang keterlaluan sehingga menyentuh isu agama,politik.perkauman dan sehingga wujudnya kewujudan group-group yang saya rasa kadang-kadang entah apa-apa..HAHA..jadi nasihat diri saya juga dan kepada anda berhati-hatilah dengan komen anda untuk mengelak sebarang yang tidak diingini..

- FB juga merupakan tempat untuk berjejak kasihan antara rakan taulan, kaum keluarga dan juga cikgu/pensyarah..secara jujurnya saya kurang mengemari FB untuk membuat jejak kasihan diantara kaum keluarga/cikgu/pensyarah kerana saya merasakan kurangnya privacy saya untuk bersosial..HAHA..sebab diri saya sendiri sangatlah totally berbeda ketika dirumah ataupon disekolah/U..sebab itu saya rasa berat tangan untuk menekan butang approve jika saya ternampak kaum keluarga saya/pensyarah/cikgu yang mengadd saya..tapi saya approve juga T_T..

walaubagaimanapon FB tetap juga saya belek-belek setiap hari walau apa jua keadaan..HAHA..cakap xserupa bikinlah.

No comments:

Post a Comment