Friday, March 12, 2010

gali..gali..gali..gal lobang *nyanyi seperti lagu salleh yaacob*

apa kaitan tajuk entry kali ini??? gali lobang tahi hidung ke??? hidung sudah menjadi kebiasaan digali..kalau tidak digali maka penuh la hidung kita dengan najis-najis ringan tersebut..HAHA

ok..straight to the point..semalam saya ada dental appointment dengan pelajar bakal doktor gigi untuk membuat scaling gigi..sumpah inilah pengalaman kali pertama buat scaling gigi..sepanjang umur 23 tahun tidak pernah jejak kaki ke klinik perggigian untuk berbuat hal demikian..setakat pemeriksaan gigi tu ada la..tu pon nurse dan doktor gigi yang datang sekolah..kalau ikutkan regiment yang baik untuk diamalkan,kita digalakkan untuk membuat pemeriksaan gigi 2 kali setahun..tapi tapi..last pemeriksaan gigi saya ketika berumur 20 tahun rasanya..tu pon masa pesta konvo dimana pelajar pergigian membuat rawatan secara percuma berbayar rm2 dan percuma colgate..

memandangkan saya bercadang untuk memakai pendakap bantal gigi, maka saya pon bercadang untuk membuat scaling gigi kerana apabila sudah memakai pendakap gigi,proses sedemikian sukar dijalankan..dengan bantuan kak ira (rumate saya satu ketika dahulu) saya diberi rawatan oleh kawan beliau..memang kelas satu punyalah gua cakap lu..mungkin sebab saya merupakan kawan kak ira agaknya..mungkin juga..HAHA..

seronok juga dapat berbual-bual kosong ilmiah dengan mereka..banyak pengetahuan yang saya perolehi juga..rawatan dimulakan dengan pemberian cokelat tablet berwarna merah yang saling tidak tumpah mcm fungsi lipstic..tetapi lipstic hanya memerahkan bibir sahaja..tapi tablet itu mewarnakan gigi saya dengan kaler merah seperti saling tidak tumpah sebijik macam pontianak lepas hisap darah..HAHA..perwarnaan itu bertujuan untuk membezakan mana satu karies ataupun tahi gigi..setelah dikenali pasti..proses scaling pon bermulalah..

bagi saya yang pertama kali buat proses scaling ini diberi amaran keras..bukan-bukan amaran tapi penerangan bahawa proses ini agak nyilu bagi sesetengah orang..sekiranya saya tidak dapat bertahan angkatlah tangan sebagai tanda protes..takut bunyinya bukan..maka bermulalah proses men"digging" karies-karies yang tegar dicelah gigi itu..waaaaaaahhhh...nyilu juga gigi gua ketika scaling..terutama gigi depan saya..mungkin kerana gigi depan lebih nipis jika dibandingkan dengan gigi belakang sana..gusi berdarah adalah perkara biasa/common yang akan berlaku ketika scaling..sakit juga rasanya..scaling tidaklah begitu lama memandangkan gigi saya tidaklah kotor teruk sangat..HAHA..menurut kata dentist yang merawat saya..maka diteruskan lagi dengan proses mengilatkan gigi untuk membuang staining gigi..seterusnya disudahi dengan penggunaan dental floss tetapi floss tidak banyak membantu kerana gigi saya sangatlah rapat sehingga tidak memberi ruang sedikit pon kepada floss untuk melaluinya..*kedekut lah kau gigi*

setelah rawatan, saya pulang ke dewan kuliah dengan gigi girang ringan kerana habis semua tahi gigi yang degil/tegar dibunag..hihi..sukanya saya..nota kaki saya untuk semua orang..pergilah membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk gigi yang cantik macam saya

No comments:

Post a Comment